Monday, December 5, 2016

Online BR1M 2017 Kini Dibuka

Anda kini boleh membuat pendaftaran baru atau kemaskini Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 bermula hari ini 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016. Seperti apa yang telah dibentangkan dalam Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) untuk 2017 telah dinaikkan sehingga RM1200.



Untuk mendapat Borang Permohonan BRIM 2017 , sila klik link berikut : https://ebr1m.hasil.gov.my

Syarat Kelayakan Permohonan BRIM 2017
-Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan ke atas.
-Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
-Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan.
-Penerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)adalah tidak layak menerima BRIM.

Kadar Bayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1 Malaysia
-Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih) :RM1200
-Kategori Isirumah Bawah RM3,000 :RM1200
-Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000 :RM900
-Kategori BRIM Individu Bujang :RM 450

Jadual Pembayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih)
-Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000
-Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000
-Ansuran Pertama : RM300 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM300 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM300 pada September 2017

Kategori BRIM Individu Bujang
-RM 450 pada Januari 2017


 MOHON ONLINE BR1M
Share:

Saturday, November 5, 2016

Lirik Lagu Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari

Tengah meletop sekarang filem sensasi arahan pengarah terkenal Mamat Khalid, yakni filem Rock Bro... Antara yang jadi tumpuan aku bukan sekadar jalan ceritanya sahaja.. tapi lagu yang dibawa oleh kumpulan Rimba Bara dengan tajuk Sekelip Mata Kau Berubah turut menggamit kenangan karaoke zaman muda-mudi dulu dengan rakan-rakan se-kampus..

Antara pelakon-pelakon filem Rock Bro


Lirik lagu Sekelip Mata Kau Berubah

Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya

Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini

Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu

Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Ooo... begitulah lumrahnya percintaan

Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu

Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Ooo... begitulah lumrahnya percintaan

Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu

Ooo...Mudahnya kau berubah...




Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari



Sekelip Mata Kau Berubah - Rimba Bara


Share:

Sunday, October 2, 2016

Restoran De'Don Shah Alam, Semuanya Ada

Restoran De'Don dibuka secara rasminya pada 7 Ogos 2016.. Dan ketika itu diserikan lagi oleh kehadiran Ustaz Don pada majlis tersebut. Restoran De'Don terletak di bandar Shah Alam.. Yakni di Seksyen 13..


Baru-baru ni page rasmi Restoran tersebut telah buat contest komen dan share.. Jemput ke FACEBOOK PAGE RESTORAN DE'DON. Di dalam contest tersebut saya dan wife antara yang terpilih untuk menikmati makan malam tidak kira apa jenis menu pun..


Jam 9 malam kami satu keluarga sampai di Restoran De'Don.. Bukannya susah pun nak tau lokasinya, terletak berhampiran Kampus MSU, dan Restoran ini sebaris dengan shop lot siri animasi terkenal Upin & Ipin.. Alaa.. Apa susah, MAPS kat handphone kan ada.. Search je Restoran De'Don mesti jumpa.. Sampai je di situ saya disambut mesra oleh Encik Don Aiman.. Orangnya sangat peramah.. Kena pula sama-sama cakap utaqha masa tu.. Lagi la..


Saya dimaklumkan konsep restoran ini, ada pelbagai stall masakan di dalam satu restoran.. Itu yang saya bagitau, semua ada kat sini..

Ada pelbagai pilihan satay

Pelbagai pilihan masakan western

Menu a la carte tidak ketinggalan.. 

Saya dimaklumkan ada lagi pelbagai pilihan stall yang lain, cumanya pada malam saya pergi kebanyakan mereka ada event di luar.. Antara stall yang lain NASI AYAM, NASI ARAB, serta pilihan Burger..

Untuk malam saya pergi ni, En Don Aiman sarankan air special di restoran mereka yakni Mango Nenen serta Jus Cinta Asmara..

Ni dia Mango Nenen

Jus Cinta Asmara & 
Fried Rice Chicken Chop

Jus Epal Hijau & 
Fried Rice Fish and Chips

Ni antara menu yang saya sempat ambil gambar semalam sebelum makan, ada makanan gambar tak sempat ambil, sebab dah lapaq sangat.. Mungkin pihak pengurusan restoran perlu memikirkan cara bagaimana untuk pastikan kelancaran pelanggan untuk menerima menu yang telah dipesan supaya tidak terjadi terlalu lama menunggu.. 

Apapun Restoran De'Don antara restoran terbaik disebabkan menyediakan pelbagai pilihan makanan dengan stall yang ada dalam restoran mereka.. Satu inisiatif bijak pengurusan restoran untuk menarik lebih ramai pelanggan.. Selain tu juga, ada ketikanya mereka menyediakan live band.. Memang terbaikkk.. Terima kasih sekali lagi kepada Restoran De'Don atas hadiah contest ini.. Terutama sekali kepad Encik Don Aiman atas layanan yang sangat baik.. Bagi yg berminat untuk ke Restoran De'Don sila rujuk di bawah..



Share:

Thursday, September 29, 2016

Gambar dan Harga Proton Saga Baru 2016

Terkini, Proton baharu sahaja melancarkan Proton Saga baharu 2016 yang menjadi generasi ketiga daripada pengeluaran asal Proton Saga dari tahun 1985. Dari generasi ke generasi Proton Saga terus membuat pelbagai perubahan untuk berdaya saing dengan kelasnya.. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Belia & Sukan, Khairi Jamaludin.


Proton Saga 2016 ini menggunakan enjin VVT 1.3L bagi menggantikan enjin sebelumnya yang menggunakan Campro IAFM 1.3L. Ianya adalah enjin yang sama digunakan oleh Proton Iriz dan Proton telah menambah baik sistem CVT yang diguna pakai pada Saga 2016. Proton Saga baru 2016 dikeluarkan dengan dari spesifikasi Standard 1.3 Manual & CVT, Executive 1.3 CVT serta Premium 1.3 CVT. Sehingga kini dimaklumkan, Proton Saga baru 2016 hanya dikeluarkan untuk variant 1.3L, tiada lagi 1.6L bagi memberi laluan kepada Proton Persona dengan kelasnya.

Gambar menarik Proton Saga baru 2016








Harga terkini Proton Saga 2016




Sumber :
PROTON
PAULTAN



Share:

Air Asia Blogger Community

Renew Insurans Roadtax Murah

Mohon Pembiayaan Peribadi

Copyright © Blog Putera Helmei | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com